|
salam alaik.. Alangkah bahagianya aku kerana masih dikurniakan kekuatan olehNya untuk terus menyedut udara dan merasai nikmat islam masih.Tatkala aku disibukkan oleh hal dunia yang mematut diri saban hari di ward,operating theatre dan ward lagi,aku acap kali terlupa akan tugas dae'yah yang aku bersumpah untuk aku tanggung selamanya. Seringkali manusia merungut kerana terlalu banyak masalah yang menimpa.Bertubi-tubi.Kadang-kala dari apa yang mereka ciptakan sendiri.Celik sahaja mata dari lena panjang,perut memikirkan sarapan apa yang harus dimakan,cerealkah?roti bakarkah?atau nasi lemakkah?Aduh,susah untuk membuat keputusan.Setelah perut kenyang merasai ketiga-tiga makanan tadi,teringin pula untuk menghiburkan hati.Lantas keluar membeli-belah.Hati riang gembira kerana melihat sang matahari memancar terik,burung pula bersiul enak.Manusia lain cepat berjalan.Tenang menguruskan hal masing-masing.Tergoda oleh baju cantik di balik cermin kedai.Kau masuk.Banyak lagi rupa-rupanya baju cantik.Tambah lagi ada sale.Masalah lagi,baju mana yang harus dipilih.Oren?Hijau?Merah?.Selesai membayar untuk 4 helai baju,perut engkau menyanyi riang minta diisi lagi.Kedai-kedai makan berderet di jalan itu,tinggal untuk dipilih sahaja mana yang berkenan di hati dan perut.Masalah.Masalah.Maka melangkah ke kedai yang paling bagus wanginya.Perut senyap seketika.Kau bergerak pulang.Duduk di sofa empuk,engkau melayan perasaan menonton kotak hiburan(baca:TV).Terkekeh-kekeh menggelakkan si pelawak.Tak perasan bila kau tertidur.Dua jam lamanya.Lantas,engkau membuka komputer.Si jantung hati online,kau layan chatting berjam-jam lamanya.Berborak itu dan ini.Mata makin kuyu,otak pula mengarahkan mulut untuk menguap tanda perlukan tidur.Komputer ditutup dan badan dihempap ke atas katil empuk,dilingkari pelbagai jenis patung mainan.Sampai sahaja kepala di bantal,mata terus tertutup.Kau lena dengan panjang.Esok engkau merancang pasti terjaga,pastinya masalah untuk memilih makan sarapan memeningkan otakmu lagi...... Deskripsi di atas adalah seorang yang mengaku dirinya Muslim...Senangnya hidup muslim itu.Masalahnya masalah picisan.Masalah yang bersangkut paut akan peribadi.Makan,hiburan,teman hidup dan makanan lagi!Aduh,aku kah itu? 'Tidak sempurna iman seorang muslim itu selagimana ia tidak menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri' (Hadis 13) Usai aku mengadu masalah-masalah yang tidak pernah selesai kepada kakak naqibahku,dia memberi nasihat panjang.Katanya,kita sering kali dibawa hanyut oleh masalah-masalah kecil yang kita anggap besar.Dia membawa aku untuk muhasabah setiap kali dengan membandingkan diri kita akan rakyat Palestin.Fikirkan di saat kita berperang dengan nafsu untuk memilih sarapan,mereka berperang dengan kelaparan kerana bekalan makanan tiada langsung.Sang ibu putus akal mahu menyuapkan anak-anak yang lapar.Tatkala kita berjalan tenang melihat alam,mereka berlari untuk menyelamatkan diri dari hujanan bom.Si ayah sedang berperang dengan zionist jahat yang cuba mencederai keluarganya.Di kala kita memilih pakaian baru,baju mereka rabak dan koyak terlalu lama dipakai.Si kakak tekun menjahit lompong di baju adiknya.Sedang kita seronok menghiburkan diri,mereka meratap melihat saudara dibunuh di depan mata.Sang abang terbujur kaku,syahid untuk menyelamatkan adik-adiknya.
Aduh,aku mengagumi mereka.Apa gunanya diri mengaku muslim jika nasib saudara ini diabaikan.Jangan mengaku diri muslim jika tiada usaha untuk mereka.Zionist semakin mengganas!Mana OIC?Mana negara-negara islam lain? Sibuk dengan gigitan dan kekahan politik di negara sendiri barangkali.Sibuk berdebat dan berceramah untuk mengumpan undi,walhal rakyat palestin sedang menunggu bantuan dari kita.Sekarang mereka mungkin menderita,tapi di syurga kelak mereka akan berbahagia dan kita pula akan menderita bila dipersoal oleh Allah mengapa kita tidak membantu saudara kita? Nauzubillah.. Dedikasi sajak untuk mereka... saudaraku...!! |
| sanyuroh_kibdah May 10, 2008 01:08 AM PDT salam..mmg tersentuh jiwa mengenang saudara2 kita di Palestin ni..bersama2lah kita membantu mereka stakat yg termampu..mudah2an Allah memberkati kita semua..Amin. | ||
| Leave a Comment: |