|
Assalamualaikum wbt Syukur.Syukur ya Allah kerana masih bernafas,masih mampu untuk melihat keindahan ciptaanNya yang Maha Hebat.
Al Fatih, sandaran nama kepada sultan muda itu.Pada usia semuda 19 tahun, Sultan Muhammad Al Fatih telah melakar lembaran sejarah perjuangan menegakkan panji Islam.Rasulallah pernah bersabda,dengan maksud hadith, Sesiapa yang membuka kota Rom Timur dan Rom Barat,maka bala tentera ituadalah yang terbaik,dan panglimanya adalah terbaik. Sejak Rasulallah melafazkan sabda tersebut,umat Islam yang mempunyai jiwa besar dan cita-cita tinggi,serta semangat yang kuat,berlumba-lumba untuk menjadi panglima terbaik, atau cukup sekadar menjadi salah seorang jundullah yang berada dalam bala tentera yang terbaik itu.Zaman berlalu, dari satu generasi ke satu generasi, kota Constantinople masih belum berada di tangan ummat Islam. Sehingga pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyyah, Constantinople, atau Rom Timur, dikuasai oleh pejuang salibiyyah bermaharajakan Raja Constantine yang tidak pernah kenyang dengan harta orang miskin. Semua rakyatnya duduk, hanya Sultan Muhammad Al Fatih yang berdiri. Ya! Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan qiyamulail sejak dia baligh sampai saat selepas kemenangan menawan kota Constantinople.Lalu, Sultan Muhammad lah yang menjadi imam.Tidak pelik, dan tidak hairan, itulah panglima terbaik yang pernah disebut Rasulallah. Dan itulah bala tentera terbaik yang pernah juga disebut oleh Rasulallah.Belum lagi cerita, bagaimana Sultan Muhammad Al Fatih memilih tentera yang akan berjuang di barisan hadapan. Sultan Muhammad berjaga di waktu malam, untuk meninjau siapakah tentera yang bertahajjud kepada Allah, tatkala orang lain tidur. Lalu merekalah yang dipilih. Itu sejarah kita.Sejarah yang pernah meletakkan kita sebagai umat terhebat di bumi ini.Umat yang telah menakluk 2/3 dunia.Alhamdulillah aku telah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke bumi constantinople atau Istanbul.Subhanallah,hanya Allah yang mengetahui betapa hati ini meronta-ronta ingin melihat tempat sejarah agama yang aku junjung ini.Untuk membaca kisah suka duka kisah perjalanan kami,boleh berkunjung ke rumah adikku,Wan Mai.Bangunan pertama yang aku jejak ialah Masjid Biru,sejurus selepas kami meletakkan beg di asrama,untuk menunaikan solat bersama-sama imam.Syahdunya mendenga azan yang bersahut-sahut.Amat halus dan mulus,juga iqamah dilagukan. Juga berpeluang untuk mendaki Galata Tower,menara yang telah digunakan Sultan Muhammad untuk melihat seluruh Constantinopole sebelum merancang untuk menakluknya.
Dan aku rasa yang paling meruntun hati ini adalah bila berkunjung ke Eyub Mosque.Masjid di mana letaknya makam sahabat Rasulullah Abu Ayub al-ansari.Baca kisah penuhnya di sini. Menjadi ansar paling bertuah bila Allah memilih rumahnya untuk menjadi rumah tumpangan nabi selepas hijrah.Juga telah menjadi jiran utama nabi setelah nabi mendirikan masjid Madinah di sebelah rumahnya.Alangkah bahagianya Abu Ayub.Semangat jihadnya tidak pernah surut,hatta telah berumur 80an,masih menjadi panglima perang dan untuk menjadi penglima terbaik seperti mana dalam hadis nabi di atas.Akhirnya dalam satu perang,Abu Ayub telah menghembukan nafasnya yang terakhir dan sebagai wasiatnya, dia meminta untuk dikebumikan di pintu gerbang Constantinopole.Dan hari ini,kubur itu masih teguh berdiri.
Jaulah kali ini berbeza.Juga jaulah-jaulah yang sebelumnya.Pengalaman,pengajaran,ilmu,suka duka semuanya telah mencoret seribu erti dalam hidup ini.Dalam kemegahan melihat masjid-masjid itu,dalam kesayuan mendengan azan dan iqamah,dalam kebanggaan mendengar kisah-kisah mujahid islam di sana,aku melihat diriku amat jauh untuk menjadi umat terbaik ISLAM.Amat jauh sekali untuk dibandingkan dengan mereka yang telah berjaya menaikkan martabat agama ini.Apa-apa pun,aku pasti dan mesti berusaha untuk menjadi seperti mereka!! |
| suri December 18, 2008 12:30 AM PST salam.. ana tertarik dgn nukilan ini, bolehkah kiranya ana copy nya utk dimuatkan dalam buku jaulah kami pula?sekadar pengenalan sebelum berjaulah:) sila lah reply kpd ana dgn kadar segera di embun_seripagi@yahoo.com | ||
| Leave a Comment: |