Entry: Mati itu pasti.. Thursday, December 06, 2007



salam alaik

Sudah hampir sepurnama aku mengabaikan rumah ini.Hampir bersarang penuh.Maafkan tuan rumah kerana sekarang akau berada di Northampton,30 minit perjalanan dari Oxford.Aku sedang menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar perubatan selama 7 minggu di sini.Kali ini hal-hal berkaitan jantung dan paru-paru.Seronok,barulah akhirnya merasai untuk menggantung stetoschope di leher sepenuh masa..

Hari ini emosi aku berkecamuk.Banyak benar pengalaman indah ditempuhi sepanjang berada di sini.Namun hari ini agak berlainan.Buat pertama kalinya aku menyaksikan kematian di depan mata.Sebagai pelajar perubatan,semestinya semua akan seronok jika diberi peluang untuk berada di muka depan A&E(Wad Kecemasan).Kami akan menjadi orang pertama yang akan meng'clerk' patient.seronok!!Namun kali ini aku dan rakan seperjuangan diajak untuk menyaksikan 'cardiac arrest'.Kami bergegas ke A&E.Adrenaline memuncak kerana seronok untuk melihat buat pertama kalinya.Sebelum pesakit tiba dengan ambulans,doktor A&E bertanyakan kami 'Are you happy to watch this?' Aku blur.Doktor ni sinis ke apa?

Akhirnya pesakit tiba di bilik resus yang dipenuhi 10 orang doktor,nurse,paramedic etc.Seorang lelaki berumur 50an aku agak.Kami berganjak ke tepi.Muka pesakit biru dan bahagian lain pucat.Doktor terus melakukan CPR tanpa henti dan seorang lagi sibuk menyuntik adrenaline.Pesakit masih tidak menunjukkan sebarang respon.Lemah terkulai.Sementara itu,paramedik menceritakan segala yang mereka tahu.Pesakit ini dijumpai di tepi lebuh raya 20 minit yang lalu,pemandu lori.Nama,umur,asal tidak diketahui.

Aku asyik melihat mereka semua bertungkus lumus.Aku terpandang cincin di jari manis pesakit.Ohhh,mesti sudah beisteri dan mungkin mempunyai anak.Aku bermonolog sendiri 'Cepat doktor cepat.Selamatkan dia!!!'.

Tepat jam 10.53,usai 25 minit selepas pesakit itu dijumpai,mereka mengalah.Pesakit tetap tidak menunjukkan sebarang respon (Asystole).'Time of death,1053'.Doktor meminta pendapat semua untuk mengesahkan pesakit telah mati.Aku tersentak.Mengelamun dari tadi rupanya.'Argggghhh tidak!!!!Isteri dia?anak-anak dia?Mesti sedang menunggu di rumah'.

Itulah kenapa emosi hari ini agak berkecamuk.Pertama kali melihat kematian.Juga betapa jarangnya mengingati mati.Walhal itulah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap muslim yang percaya akan adanya syurga dan neraka Allah.

Buat kesekelian kalinya,aku betul-betul takut akan kematian.Persoalan ini berlegar-legar di dalam kepalaku.Adakah aku akan ke syurga jika aku mati hari ini,di saat ini?

Sentiasa mengingati mati

Rasulullah sentiasa mengucap di dalam doanya kata-kata berikut: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Aku berlindung kepadaMu dari dunia yang menghalang kebajikan untuk akhirat. Aku berlindung kepada-Mu dari kehidupan yang menghalang kebajikan untuk mati. Dan aku berlindung kepadaMu dari cita-cita yang mengganggu kebajikan untuk beramal"

Berkata Siti Aisyah r.a. : "Wahai Rasulullah! Adakah orang yang bukan syahid itu boleh dibangkitkan bersama-sama para syuhada?" Jawab Baginda:"Boleh, iaitu orang yang mengingati mati sebanyak dua puluh kali pada siang dan malam." 

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan" ( 2: 185 )

Berkata Imam Ghazali rahimullah di dalam kitabnya al-Bidayah: Hendaklah anda sentiasa renungkan umurmu yang pendek itu, meskipun anda boleh hidup selama seratus tahun, jika dibandingkan tempat tinggalmu di negeri akhirat, yang kekal sepanjang masa. Renungkan juga betapa susah-payah dan hinanya anda ketika mengejar dunia, sebulankah atau setahunkah, agar dengan harapan anda boleh hidup senang-lenang selama dua puluh tahun misalnya. Tetapi mengapa tidak anda menanggung susah sedikit masa ketika hidup di dunia, agar anda merasa kerehatannya di akhirat kelak sepanjang abad. Hendaklah anda tidak memanjangkan harapan untuk hidup lama di dunia, sehingga anda merasa diri anda berat untuk beramal. Malah hendaklah anda mengira-ngira bahawa maut itu sudah hampir tiba, dan bisikkanlah kedalam dirimu: Biarlah aku menaggung susah hari ini, kerana mungkin aku akan mati malam ini! Kalau tidak malam ini, mungkin esok! Sebab maut itu tidak akan meregut nyawaku pada masa tertentu, atau pada keadaan yang tertentu, atau pada umur yang tertentu. Namun maut itu akan tiba, dan tidak ditentukan masanya. Maka lebih baiklah aku bersedia untuknya daripada menyediakan diri untuk dunia. Aku mengerti bahawa hidup di dunia ini hanya sementara saja, dan mana tahu yang sisa dari hidup ku itu hanya untuk menyedut satu nafas sahaja, ataupun hanya tinggal satu hari saja. Ingatkan diri anda tentang ketibaan maut yang tidak diketahui bila masanya itu, niscaya apabila anda mati, anda akan merasakan kegembiraan yang tidak ada kesudahannya. tetapi jika anda mencuaikan nasihat itu dan tidak memperdulikannya, tiba-tiba mautpun sampai sedang anda belum bersedia untuknya, maka tentulah anda akan merasakan kekecewaan yang tidak ada kesudahannya lagi. bak kata pepatah : Apabila muncul pagi, barulah orang yang berjalan di waktu malam itu akan memuji dan berterima kasih. Begitu pula apabila tiba maut kelak, barulah anda tahu tentang beritanya yakin dan benar. Dan berita itu tidak jauh dari anda, sekelip mata lagi akan tiba.

"Secerdik-cerdik manusia adalah yang paling banyak ingatannya kepada kematian serta banyak bersiap untuk kematian. Mereka itulah orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat" (Ibnu Majah & Abiddunya)

Hari ini,satu pengalaman berharga buatku.

Northampton General Hospital Library
0105
06/12/2007

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments