|
Salam alaik.. Ini adalah luahan hati sister yang sangat aku rindui dan sayangi..nun berada jauh di bumi Ireland.Semoga menjadi pedoman untuk mereka yang menggelar diri mereka seorang dae'i.. “Sesungguhnya angan-angan
Semakin jauh perjalanan di dunia ini, semakin jauh melangkah dalam alam dakwah, sepatutnya lebih membuahkan keyakinan ttg jalan panjang dan jauh yg kita lalui yg mana kita sungguh2 berharap org2 lain juga akan melaluinya..Bahkan siang malam, tenaga, akal fikiran, segala kudrat yg ada dikerahkan utk menyeru manusia ke jalan yg paling selamat ini..yakni jalan yg pernah dilalui oleh para nabi dan sahabat2 baginda..Tersebut dlm firman Allah yg berbunyi : “Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yg mudah diperoleh dan perjalanan yg tidak seberapa jauh, niscaya mereka mengikutimu, ttp tempat yg dituju itu terasa sgt jauh dr mereka… Ayat tersebut diturunkan Allah berlatarbelakangkan suasana Perang Tabuk, di mana tapisan-tapisan Allah telah berlaku dalam mengenal siapa yg betul-betul ikhlas berjuang di jalan Islam dan siapa yg tidak..(boleh rujuk Tafsir Ibnu Kathir utk cerita lanjut) Kadang2 kita terlalu mabuk, mabuk menyeru manusia ke sana ke sini, sibuk konon2 nya..dgn program2 dakwah dan amal Islami..mabuk dgn tarbiyyah, mabuk mengajak manusia mengikuti jemaah kita, meyakini jemaah kita adalah yg terbaik manhajnya… Lantas…kita mati dlm keadaan mabuk dgn dakwah dan tarbiyyah..konon2nya… Maka, bermulalah proses kita bersoal jawab dgn Allah kelak.. Yakin bertemu Allah? Yakin mengadap Allah sendiri-sendiri? Apabila Allah bertanya kelak..wahai si fulan bin si fulan..siapakah kamu sewaktu di dunia? Owh…kita dgn yakinnya berangan2 akan menjawab..”Aku adalah seorang daie’, aku melanjutkan perjuangan Rasulullah saw” Maka, dgn mudahnya kita sekali lagi berangan2 akan masuk ke Jannah dgn langkah bergaya.. Kalaulah semudah itu Jannah..kalaulah semudah itu dakwah…kalaulah semudah itu menyeru manusia…pasti ramai yg berlumba2 mahu berada di jalan ini… Tiba angan2 utk dimasukkan ke Jannah padam, dipadamkan oleh Allah, kerana Allah telah menitahkan kita supaya diseret ke Jahannam! “Apa salahku ya Allah? Aku daie! Aku pewaris Nabi! Aku menjalankan amanah Engkau dan Rasulullah? Apa salahku?”~end~ Kembali ke dunia realiti..Anda atau saya salah jika: Anda dan saya menyeru manusia….dgn niat yg salah.. lupa hendak menjelaskan niat di dalam hati dalam setiap langkah, lupa untuk memperbaiki di tengah2 perjalanan.. kagum dgn diri sendiri dalam pencapaian… Anda dan saya pasti salah jika… Mengajak manusia kepada taksub individu..mengajak manusia taksub kepada jemaah anda..mengajak manusia kepada pencapaian di dunia semata2….mengajak manusia ke jalan Allah…..?tetapi anda melukakan hati saudara anda.…tidak takutkah kepada doa org2 yg tertindas…tidak takutkah jika yg ditindas itu juga menyeru manusia tunduk kpd Allah… Anda dan saya pastinya salah.. Mabuk dgn mengajak manusia, hingga terlupa bahagian diri sendiri..sedang mereka yg lebih hebat dakwahnya, sepatutnya lebih terjaga hubungannya dgn Allah, lebih bertolak ansur dgn manusia..lebih serius dalam pengislahan diri dan masyarakat.. bukan setakat bermain di bibir, bukan setakat dinyatakan di hadapan manusia sedang diri sendiri tidak pernah beramal…hanya pandai berkata2..hanya pandai berkibar bendera...benar. . Medan bercakap lebih mudah dr medan amal… Di akhirat kelak…. Allah pastinya tidak akan bertanya… Solat kamu bagaimana…taubat kamu…usaha kamu dlm syahadatul Haq..akhlak kamu dgn manusia…mana janjimu…mana janjimu? Kenapa mungkir janji dgn Allah? Mari menyeru manusia…serulah manusia dan diri kita sendiri kepada Allah swt..kepada ketundukan sepenuhnya kpd Allah swt..kepada meninggalkan yg lain selain dr Allah swt..mari taksub dgn Allah….marilah taksub dgn akhirat.. Jadilah ar-rijal..berusahalah. .siap sedia dihantar ke mana sahaja..siap sedia diatur sebagai batu bata utk membina sebuah binaan yg kukuh dan tersusun…ikhlaslah dlm menyeru manusia..ikhlaslah hanya semata2 memartabatkan Islam di bumi Allah ini.. Kerana secara sunnatullah…pasti akan wujud lagi Madinah..pastinya dgn asas2 binaan manusia yg kukuh…yg tunduk patuh kpd Allah dan Rasul tanpa banyak dalih..yg akhlak mereka selari dgn AQ..yang amal ibadat bagai akan mati besok hari…yg dakwah tidak pernah lekang dr fikiran..yang kelebihan di dunia diusahakan sebaik mungkin utk kejayaan dakwah Islamiyah…maka pada waktu pasti akan wujud Umayyah alaf baru…pasti Islam tertegak…pasti org berbondong2 memlih Islam…tapi…bilakah masa itu…bila? Selama mana lagi? Tunggu…sabar. . Tapi bukan tunggu dan lihat sambil goyang kaki menunggu wahyu, atau menunggu keajaiban. Tunggu dan sabar……………….faham dan ikhlas…amal dan jihad…korban dan taat….thabat dan tajarrud…ukhuwwah dan thiqah……. Qurratun A’yyunin@ Janna |
| Leave a Comment: |