Dulu,kami adik-beradik selalu bergaduh dan berperang mulut.Dan aku akan sentiasa menang.Aku anak sulung,jadi mana mudah mengalah!
Dulu,aku sentiasa akan memastikan aku menjadi best student dalam semua mata pelajaran.Dan aku akan sentiasa mendahului semua yang lain.Aku tidak suka menjadi yang kedua,mana mungkin aku jatuh!
Dulu,aku akan memberikan idea-idea dan mengharap mereka mengikuti ku.Dan aku akan sentiasa dijadikan pemimpin oleh mana-mana persatuan.Aku berciri kepimpinan,mana mungkin aku hanya mengikut!
Dulu,aku kurang prihatin pada sekeliling dan ingat aku betul.Dan aku angkuh berdiri dengan bukan realiti yang sebenarnya menipu.Aku tidak mudah menerima jika aku salah,mana mungkin aku mengalah!
Namun untuk memakai baju dae'i,amat payah rasanya untuk membuang semua sikap-sikap itu,terutama ego tinggi yang amat keberatan untuk menghadam realiti jika ada orang lain yang lebih dariku.Mungkin aliran darah sebagai anak sulung telah memanifestasikan diri ini sebagai seorang yang keras kepala,keras semangat dan keras segala-galanya.Aku rasa secara generalisasinya anak sulung memang begitu.Agak hanyut dalam sifat memerintah yang kadang-kadang agak melampau.
Apa kata orang sekeliling? ya Allah.Mesti mereka penat berdepan dengan aku yang degil.Betapa sabarnya ma dan ayah,juga adik-adik yang semestinya akan mengikut segala kemahuanku.Tulus kasih sayang sesama kami yang berkongsi aliran darah itu hanya Allah yang tahu.Betapa mulusnya cinta kasih mereka yang bergelar sahabat.Walau tidak berkongsi darah yang sama,namum ikatan itu kadang-kala melebihi ikatan darah.Perasaan nyaman tiba-tiba mengalir dalam tubuh ini,menerjah terus ke lubuk hati kerna telah dikurniakan Dia dengan mereka yang sangat memahami.
'Sesungguhnya kamu (Nabi Muhammad) mempunyai akhlak yang tinggi'- Al-Qalam:4
Alangkah rindunya untuk menjadi seperti Al-Amin.Akhlak Baginda adalah terjemahan Al-Quran.Malah Baginda telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.Juga Islam yang kita junjung telah mengajar kita untuk mempunyai hubungan baik dengan Allah dan sesama manusia,yakni hubungan dua hala.Hubungan dengan Al-Khaliq kita semai melalui taqwa manakala hubungan sesama manusia kita pintalkan dengan akhlak mulia.
Budi pekerti yang baik adalah separuh dari deen.Bermujahadahlah untuk memiliki anugerah akhlak terpuji ini.Akhlak yang bila dilihat akan memancar melalui setiap perbuatan,menyerlah dalam semua tindak-tanduk pemiliknya.Akhlak yang akan mengikat manusia-manusia yang bergelar mad'u.Akhlak yang akan menjadi pembuka pntu-pintu syurga.Jangan kita menjadi orang yang gagal hanya kerna tidak mengenali kelemahan diri sendiri.Tidak pula hebatnya dari mempunyai sahabat sejati yang dapat membantu kita untuk membaiki akhlak dan semestinya kita perlu menerima teguran ini seikhlasnya.Inilah kisah agung para sahabat Nabi.Umar al-Khattab pernah bertanya kepada Salman al-Farisi.'Apakah kelemahan yang kamu ketahui tentang diriku?' Sahabat Salman terus menyebutkan dua kelemhan Umar dan Umar menerimanya dengan baik.Bayangkan betapa terpujinya akhlak Umar yang lebih dikenali sebagai seorang yang berada di atas paksi ke'keras'an.Ahhh,malunya.....
Maka,muhasabahlah wahai diri.Jadilah yang terkedepan dalam akhlak!
Tatkala ini,diri yang jarang sekali muhasabah akhlak terketuk.Mengaduh panjang.Aduh,jauhnya untuk merapati akhlak Nabi.Mulai saat ini,aku akan lakukan yang terbaik untuk mencantas ego yang aku miliki.Banyak bahana daripada manfaat.Manusia hamba sepatutnya tidak memiliki ego kerna hanya Dia yang layak menyandang sifat ego itu.Tuhan,aku sujud memohon ampun dari Mu.
Dalam musafir untuk menjadi dae'i berakhlak persis Rasulullah,menjadi arus yang mampu mengubah suasana!!Doakan!
Rujukan : Buku hadiah hari lahir,Tip-tip cemerlang daripada Quran karangan Dr.Danial Zainal Abidin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua...Semoga maktab tarbiyah ramadhan yang lalu telah melengkapkan kita dengan bekalan untuk hari Akhirat,insyaAllah...
Gambar Leicesterians selepas Solat Raya Aidilfitri di Queens Hall,University of Leicester
Siapa yang sanggup menyanggah nasihat ibu bapa.Ma selalu berpesan agar aku berpada-pada memilih kawan.Berpuluh-puluh kai dia menekan prinsip itu.Takut katanya jika anak-anaknya tersalah pilih kawan dan terjebak dalam masalah.Katanya kawan yang kita pilih itu akan mereflek diri sendiri.Aku menyokong penuh.Bak kata pepatah,jika kita berkawan dengan pedagang minyak wangi,kewangiaan itu akan terpalit pada kita dan keharumannya akan turut dibaui.Manakala jika kita mendekati pembuat besi,maka besi-besi itu akan memakan diri kita sendiri.Mendalam sungguh maknanya.
Orang kata semakin lama kita mengenali seseorang,maka semakin kita mengetahui selok belok mereka.Namun aku merasakan bahawa semakin aku menyayangi seseorang itu,amat payah untuk aku luahkan apa yang aku rasa.Semakin susah untuk aku rapati dan luahkan pegangan yang aku junjung.Pahit untuk berkongsi rasa.
Kelemahan ini membuatkan aku lemah.Terasa tidak bermaya untuk terus berdiri dan berlari mengejar kenderaan dakwah yang bergerak laju.Lagikan permintaan doa Rasulullah agar Allah membuka hati Abdul Mutalib untuk menerima Islam ditolak,inikan pula doa kita sebagai hamba yang tarafnya berjuta kali lebih rendah berbanding kekasih Allah itu.Daif rasanya.Namun aku pasrah kerana Allah sendiri telah berjanji dalam firmanNya...
'Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (al-An'am 125)'
Jangan kita mengaku mengenali mereka 100% kerana kadang-kadang kita akan termakan hati jika seolah-olah kita tidak mengenali mereka.Sangkaan itu melesap menggelapkan seluruh pandangan mata dan hati.Teruk sungguh perasaan itu.
Namun walau apa pun yang kita rasai,yang paling penting terima semuanya dengan hati terbuka.Tak guna menangis air mata darah jika itu yang telah Allah tentukan.Tidak guna berdendam kerana dendam itu akan membuka pintu untuk syaitan terus menggoda kita.Tidak layak untuk kita terus menghukum mereka kerana mereka adalah mad'u kita.
p/s-Entah kenapa terdetik untuk menulis entry sebegini.Mari mencari Lailatul Qadar!!!!
Hari ini genaplah usia aku mencecah 23.Sudah 23 tahun aku meminjam udara Allah ini untuk aku terus bernyawa di bumiNya.Terima kasih Allah kerana aku masih dibenarkanMu untuk terus hidup di bumi ini.Ku panjat seluruh kesyukuran hanya untuk Mu.
Terima kasih untuk semua yang wish dan hadiah! ;) Dan kek coklat yang sangat bercoklat!! hehehe
Hari ini aku memulakan attachment Orthopedic setelah tiga minggu bercuti.Rasa beku otak mulai cair tika dihujani beratus-ratus soalan dari Consultant di Fracture Clinic pagi tadi.Muak melihat beratus-ratus x-ray yang semuanya adalah tulang yang patah dan aku diasak berkali-kali untuk menentukan sama ada x-ray itu normal atau tidak.Ishhh,susah juga!!
Pengalaman pertama aku masuk OT dan scrub in dan tolong surgeon pegang satu alat yang ganas dan aku kena tarik alat tu sekuat hati.Habis tenaga aku.Ganas sungguh kerja Orthopedic Surgeon ni,dan semestinya aku tidak menyukainya.Betullah,bidang ini didominasi lelaki.Aku hanya mampu bertahan selama 2 jam memegang alat itu,dan selepas itu aku ingat-ingat lupa apa yang terjadi..Bukan aku takut darah,langsung tidak.Darah yang keluar tadi semestinya banyak.Bukan juga aku lemas dengan suasana bilik yang kepam.Tapi kerana aku tidak mampu untuk berdiri selama itu.2 jam sungguh lama untuk aku yang memang bermasalah dengan tekanan darah rendah dan postural hypotension.
Memikirkan balik,sungguh aku rasa lemah dan kurang stamina.Langsung tidak menepati ciri-ciri muslim ideal.Bak kata Hassan al-Banna,muslim mesti cergas dari semua segi tanpa mengira spiritual,intelektual dan juga jasmani.Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: "Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda." Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: "Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat."
Seorang pendakwah di alaf ini telah menggariskan sepuluh sifat yang perlu dimiliki dan menjadi pakaian setiap individu muslim; setelah beliau membuat penelitian yang mendalam hal ehwal umat Islam. Beliau menegaskan untuk memulakan kembali kehidupan yang telah lama hilang dan mengembalikan keagungan silam umat Islam selepas wujudnya fardhu muslim yang mempunyai sepuluh ciri-ciri tersebut. Sepuluh sifat ini merupakan lonjakkan yang sahih ke arah mencapai kejayaan: 1.Kuat Tubuh Badan 2. Akhlak Yang Mantap 3. Fikiran yang Berpengetahuan 4. Mampu Berusaha 5. Aqidah Yang Sejahtera 6. Ibadat Yang Sahih 7. Mujahid Untuk Dirinya 8. Menjaga Waktu 9. Teratur Urusannya 10. Memberi Manfaat Kepada Orang Lain
Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim; Rasulullah saw bersabda maksudnya:" Orang mukmin yang kuat adalah lebih disukai Allah dari orang mukmin yang lemah''
Rasa terpukul juga sebenarnya kerana tubuh ini langsung kurang stamina.Jika diri ini dihantar ke medan perang jihad,belum tentu mampu untuk menahan dan memikul beban stamina yang menggunung!
Positif untuk terus berstamina dan OT lagi untuk pagi esok!!!Semangat untuk menjadi muslim yang disukai Allah!!!!
Entah kali ke berapa aku menonton iklan Merdeka Petronas 2007.Usai melihatnya buat kali pertama sebulan yang lalu,hati aku teramat sayu.Bertukar dari nada ghairah kepada nada melankolik.Hati aku tersentuh amat,malah telaga mataku bergenang.Iklan kali ini adalah yang terbaik.Mampukah apa yang kita bina pada hari ini membawa kita ke hadapan? Mesejnya terus menikam kalbuku.
Mampukah apa yang kita bina pada hari ini membawa kita ke hadapan?
Satu persoalan yang hanya memerlukan jawapan ya atau tidak tapi proses untuk menghasilkan jawapan itu semestinya amat payah.
Jangan bermain dengan api jika kita takut akan terbakar diri, Jangan mengusik sarang tebuan jika takut diserang, Jangan mengaku Islam jika erti sebenar belum difahami...
Tarbiyah yang diterima selama ini telah mengubah persepsi aku akan dunia.Dunia adalah ladang akhirat.Segala perlakuan dan percakapan kita umpama menyemai benih di dunia ini.Dan hasilnya akan dituai di akhirat kelak.Jika apa yang ditanam adalah berkualiti tinggi,maka buahnya pasti juga berkualiti mantap.Tetapi jika kita hanya menanam benih yang lemah,maka buah yang bakal disemai nanti bukan hanya sia-sia malah merugikan.Seorang petani semestinya mempunyai Proses penanaman ini memerlukan pengetahuan,yakni asas yang kukuh untuk membolehkan kita memilih baka yang baik,menanamnya mengikut kondisi sesuai dan akhirnya menjaga benih itu sebaik-baiknya agar ia tumbuh segar menanti untuk dituai kelak.
Jadilah orang yang bermanfaat dulu dan sekarang
Asy-syahid Syed Qutub berkata: "Jika kita memberi, kita menerima lebih banyak." Itulah ukuran hati yang dipenuhi iman. Kian banyak memberi, semakin lapang dirasakan. Berbeza dengan ukuran hati yang telah dirantai oleh duniawi. Kian banyak meraih dan menerima, semakin kurang yang ia rasakan. Kerana itu, betapa sengsaranya hidup ini, bila kebahagiaan dan kesengsaraan dibelenggu oleh ukuran-ukuran duniawi. Kehinaanlah yang kita peroleh bila kehormatan kita sandarkan pada harta dan kekuasaan. Namun, kehormatan akan kita peroleh bila kita sandarkan pada keikhlasan. Kian banyak amal soleh yang kita lakukan, kian banyak manfaat yang kita tebarkan, maka balasan pun akan diperoleh dari Allah SWT berupa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Benarlah apa yang dinyatakan Rasulullah SAW : "Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi sesama."
Tepuk dada tanya iman,adakah kita ingin menjadi petani yang hanya menanam penat dan lelah tanpa hasil yang lumayan.Jangan tertipu dengan dunia yang semestinya dicipta Allah dengan sangat indah untuk menjadi medan ujian bagi mereka yang berfikir.
Kicau burung nyaring ku dengar, Unggas pula riang berteriakan, Adakah mereka ini sedang bertasbih memujiNya?
Deru air itu lantang ku dengar, Mengalir dan terus berputar membentuk pusaran, Dan buih-buih putih timbul disebaliknya.
Buih-buih itu juga turut berputar, Berputar mengikut arus pusaran itu, Namun buih itu seakan lemah ditolak arus,
Adakah ini nasibnya umat Islam? Seumpama buih di pusaran, Hanya berputar di satu tempat, Ke kanan malah ke kiri namun masih di takuk sama, Lemah melawan arus nafsu sendiri, Tewas melawan arus dunia yang maha hebat.
Cetusan ide NMNAN,di tulis oleh ZZ. 26.08.2007.330pm. Di gigi Swallow Fall,disimbah mentari dan percikan air.
**NaMe**Zuriyati Zakaria
**AgE**23 Years
**Asal**Ketereh,Kota bharu,Kelantan
**Besday**22 Sept
**Adik2**kak long(all girls) zuriyati,zahidah,zamarita,
zarihana,
zetty zawani,zunnurain
**SkoOL**Medical School, University of Leicester 2004/2009
**fReE time**Dae' do not have free time