
Samar-samar cahaya berbalam di hujung kota. seorang kanak-kanak kecil bermata bulat terpinga2 memandang dari jauh. duduknya di tepi deretan kedai hanya menimbulkan sesak mata yg melihat. dia sendiri asyik memandang cahaya dari jauh. seakan-akan memanggil-manggil. Dia sendiri buntu dan keliru. Keliru kenapa dia disitu dan apakah tujuan dia dibiarkan di situ. apakah yg harus dilakukannya.
Dia mengedip-ngedip mata membasuh habuk di dlmnya. masyarakat yg lalu lalang berlalu tanpa menghiraukan kanak-kanak itu. perlahan-lahan dia berjalan. di halang di kiri dan kanan.
'kamu cuma perlu duduk di situ' kata org yg berlalu di tepi.
Tapi hatinya kuat mahu ke cahaya itu. mungkin di situ ada jawapan. jawapan yg sudah lama dicari, cuma tidak ada cahaya yg menyoroti, menunjuki jalan yg pasti. jalan bengkang bengkok kelihatannya senang dan terang. mungkin hanya kerana cahaya itu. org ramai-ramai sudah tidak dipedulikan lagi.
'aku harus kesitu'.
Digagahkan kakinya yg tak berkasut. pedih tatkala hujung batu tertusuk ke tapak kaki. langkah dan langkah lagi. tidak sanggup dia terus begitu. semua ini mesti ada sebabnya. hatinya bermonolog lagi. sudah lama dia tidur di tepian, sudah lama dia hanya menjadi sekadar perhiasan jalan, sudah lama hidup tanpa tujuan. sudah lama.semakin dekat kepada cahaya itu.. dia berjalan dan berjalan.balam-balam cahaya sedikit terang.. semakin terang.. berpinar mata sikecil. si kecil berjalan lagi.. dia sudah tidak peduli, kini dia benar mengerti. masa lalunya dihabiskan dalam kegelapan. dia malas melangkah ke arah cahaya yg sedikit ini. itu dulu. kini dia sudah bosan hidup dalam angan-angan. angan-angan bermain pelangi di waktu hujan.
Dia sudah mengerti kini. si kecil tadi, sudah menyedari hakikat dirinya.. pedih dikaki kebas dan hilang. terasa dirinya di penuhi sinar. dipeluknya kemas. tidak mahu dia dilepaskan dari cahaya itu. dia mahu terus di situ.. untuk selama-lamanya..
'alangkah indah andai dari dahulu lagi aku sudah mula melangkah begini' detik hati kecilnya. dia tahu kini, satu perjalanan, bermula dari saat kakinya mula melangkah...
Monolog seusai melihat cahaya...moga tidak padam..
Hazel Street,Leicester
Posted at 12:30:23 am by Zuriyati Zakaria