Salam alaik..
Teringat tatkala jaulah Ireland hampir 3 tahun lepas,apabila ustaz menasihati kami untuk acapkali memohon doa untuk mati syahid setiap kali sebelum memulakan perjalanan.Nasihat inilah yang telah membuatkan aku berfikir panjang,maka langkahku bermula dari situ...
Email yang diterima tidak putus-putus.Alhamdulillah,perkembangan terbaru melegakan.Dan catatan terbaru dari kak Niknur dan ukhti-ukhti lain umpama merabak hati ini.'Kami seolah-olah 'ditidurkan' Allah semasa kemalangan itu'. 'Maaf kerana semua tidak sempat merasa kereta itu,tapi bak kata seorang ukhti,macam kisah Qabil dan Habil bila ternakan yang diterima Allah itulah yang terbakar.Infaq antunna semua telah diterima Allah'.Maha besarnya nikmat Allah dan betapa indahnya ukhuwwah.Entry kali ini aku dedikasikan khas untuk ikhwah akhawat yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Kuantan,Pahang lewat minggu lepas selepas pulang berprogram di Terengganu.Teruskan bersabar wahai jundullah..
I
Setiap hari berlalu..
Berlalu dengan rentaknya tersendiri..
Setiap yang terjadi..
Ada hikmahnya tersendiri..
Allahu Akbar,Allahu Akbar
Allahu Akbar,Allahu Akbar
Tatkala aku mengutuk kesejukan di bumi penjajah ini,mereka tabah meredah kepanasan,
Teguh menyebarkan kalimah Allah.
Berkelana ke sana dan ke mari.
Penat badan ditolak ke tepi.
Tatkala api semangatku hampir padam,api semangat mereka berkobar-kobar.
Semangat itu seolah-olah terbang ke sini,menyalakan kembali api semangat kami..
Bangunlah,bangunlah wahai semangat!!
Ayuh langkah kembali menyeru manusia!
Allahu Akbar...
Merakalah jundullah!

II
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan jika melihat saudara sendiri masih terkapai-kapai,
Tidak ada yang lebih menyedihkan jika melihat mereka masih dihina nafsu sendiri
Percayalah,air mata tiada ertinya malah sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya diri masih terhina..
Bukan kecil langkahmu para mujahid,
Berpanas,berhujan,kesejukan dan dipenuhi keringat,air mata dan darah..
Namun,biar langkahmu bertatih asal ianya penuh yakin
Sambunglah rantaian itu dari dulu hingga sekarang..
Tugas kita bukan kecil..
kerana mengajak manusia ke arah kebenaran tatkala mereka hanyut dalam kealpaan
rupanya lebih sukar dari bermandi darah di medan perang
Adakah mereka lupa?
Kita dulu pernah menjajah 2/3 dunia?
Hujan itu tidak turun di negeri selain Islam..
Kita dulu dihormati rakan,hatta disegani musuh..
Di mana silapnya?
Kenapa mereka alpa akan sejarah hebat mereka sendiri?
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita..
bukan sekadar untuk menyedarkan mereka,dan memantapkan diri sendiri
tetapi untuk mengangkat darjat dan kemuliaan agar Islam teragung buat selama-lamanya!!
Hari ini,jalan ini pasti semakin berliku.
Kerana jalan ini tidak ditaburi mawar,tidak dihampar karpet merah
Tidak pula kita disanjung,malah terkadang dihina
Namun,yang pasti perjuangan kita masih belum selesai
kerana ramai yang masih menanti sentuhan kita...
Ayuh!!

Dari hambaNya yang pilu,mengagumi serta mencemburui semangat-semangat mereka di sana!!!
Posted at 11:21:27 am by Zuriyati Zakaria