Friday, May 02, 2008
Berhijrah..

salam alaik...

Setelah hampir dua purnama lrumah ini kesepian.Habuk dan sarang memenuhi segenap ruang hingga sukar untuk bernafas.

Setelah 2 tahun bersama-sama rumah ini,aku mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah baru,untuk mendapat nafas dan ide baru insyaAllah..

www.zuriyati.wordpress.com


Posted at 10:39:41 pm by Zuriyati Zakaria
**Give Me a word**  




Wednesday, February 06, 2008
Kisah kah kita?

salam alaik..

Alangkah bahagianya aku kerana masih dikurniakan kekuatan olehNya untuk terus menyedut udara dan merasai nikmat islam masih.Tatkala aku disibukkan oleh hal dunia yang mematut diri saban hari di ward,operating theatre dan ward lagi,aku acap kali terlupa akan tugas dae'yah yang aku bersumpah untuk aku tanggung selamanya.

Seringkali manusia merungut kerana terlalu banyak masalah yang menimpa.Bertubi-tubi.Kadang-kala dari apa yang mereka ciptakan sendiri.Celik sahaja mata dari lena panjang,perut memikirkan sarapan apa yang harus dimakan,cerealkah?roti bakarkah?atau nasi lemakkah?Aduh,susah untuk membuat keputusan.Setelah perut kenyang merasai ketiga-tiga makanan tadi,teringin pula untuk menghiburkan hati.Lantas keluar membeli-belah.Hati riang gembira kerana melihat sang matahari memancar terik,burung pula bersiul enak.Manusia lain cepat berjalan.Tenang menguruskan hal masing-masing.Tergoda oleh baju cantik di balik cermin kedai.Kau masuk.Banyak lagi rupa-rupanya baju cantik.Tambah lagi ada sale.Masalah lagi,baju mana yang harus dipilih.Oren?Hijau?Merah?.Selesai membayar untuk 4 helai baju,perut engkau menyanyi riang minta diisi lagi.Kedai-kedai makan berderet di jalan itu,tinggal untuk dipilih sahaja mana yang berkenan di hati dan perut.Masalah.Masalah.Maka melangkah ke kedai yang paling bagus wanginya.Perut senyap seketika.Kau bergerak pulang.Duduk di sofa empuk,engkau melayan perasaan menonton kotak hiburan(baca:TV).Terkekeh-kekeh menggelakkan si pelawak.Tak perasan bila kau tertidur.Dua jam lamanya.Lantas,engkau membuka komputer.Si jantung hati online,kau layan chatting berjam-jam lamanya.Berborak itu dan ini.Mata makin kuyu,otak pula mengarahkan mulut untuk menguap tanda perlukan tidur.Komputer ditutup dan badan dihempap ke atas katil empuk,dilingkari pelbagai jenis patung mainan.Sampai sahaja kepala di bantal,mata terus tertutup.Kau lena dengan panjang.Esok engkau merancang pasti terjaga,pastinya masalah untuk memilih makan sarapan memeningkan otakmu lagi......

Deskripsi di atas adalah seorang yang mengaku dirinya Muslim...Senangnya hidup muslim itu.Masalahnya masalah picisan.Masalah yang bersangkut paut akan peribadi.Makan,hiburan,teman hidup dan makanan lagi!Aduh,aku kah itu?

'Tidak sempurna iman seorang muslim itu selagimana ia tidak menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri' (Hadis 13)

Usai aku mengadu masalah-masalah yang tidak pernah selesai kepada kakak naqibahku,dia memberi nasihat panjang.Katanya,kita sering kali dibawa hanyut oleh masalah-masalah kecil yang kita anggap besar.Dia membawa aku untuk muhasabah setiap kali dengan membandingkan diri kita akan rakyat Palestin.Fikirkan di saat kita berperang dengan nafsu untuk memilih sarapan,mereka berperang dengan kelaparan kerana bekalan makanan tiada langsung.Sang ibu putus akal mahu menyuapkan anak-anak yang lapar.Tatkala kita berjalan tenang melihat alam,mereka berlari untuk menyelamatkan diri dari hujanan bom.Si ayah sedang berperang dengan zionist jahat yang cuba mencederai keluarganya.Di kala kita memilih pakaian baru,baju mereka rabak dan koyak terlalu lama dipakai.Si kakak tekun menjahit lompong di baju adiknya.Sedang kita seronok menghiburkan diri,mereka meratap melihat saudara dibunuh di depan mata.Sang abang terbujur kaku,syahid untuk menyelamatkan adik-adiknya.

Aduh,aku mengagumi mereka.Apa gunanya diri mengaku muslim jika nasib saudara ini diabaikan.Jangan mengaku diri muslim jika tiada usaha untuk mereka.Zionist semakin mengganas!Mana OIC?Mana negara-negara islam lain? Sibuk dengan gigitan dan kekahan politik di negara sendiri barangkali.Sibuk berdebat dan berceramah untuk mengumpan undi,walhal rakyat palestin sedang menunggu bantuan dari kita.Sekarang mereka mungkin menderita,tapi di syurga kelak mereka akan berbahagia dan kita pula akan menderita bila dipersoal oleh Allah mengapa kita tidak membantu saudara kita? Nauzubillah..

Dedikasi sajak untuk mereka...

saudaraku...!!
dimanakah kita...??
di saat saudara kita derita,
di saat darah mengalir di tubuh mereka,
di saat tangisan menghujani tanah air tercinta,

Saudaraku...!!
sedarkah kita...??
mereka di sana dinoda,
mereka di sana disiksa,
mereka di sana bertarung nyawa,

Saudaraku...!!
butakah kita...??
melihat mereka reba sebagai syuhada,
melihat hujan peluru yang membanjiri saban masa,
melihat yahudi bersorak meraih kematian saudara kita,

Saudaraku...!!
pekakkah kita,
mendangar rintihan mereka yang merobek jiwa,
mendengar letupan membinasa tubuh mereka,
mendengar lagu riang yahudi laknaktullah,

Saudaraku...!!
bodohkah kita...??
melihat perdamaian sebagai penamat sengsara,
menuduh saudara kita sebagai punca binasa,
lantang bersuara namun tiada hasilnya,

Saudaraku...!!
tak malukah kita...??
kita berharta,
tapi mereka,
melawan dengan pecahan batu-bata,
bangkit tanpa senjata yang gagah,
berbekalkan Allahuakbar,
mereka ke barisan pertama,
biar peluru menjadi hadiah,
mereka berundur selangkah

Saudaraku...!!
tak takutkah kita...??
bila Allah berkata,
apakah yang kita lakukan demi agama-Nya,
apakah yang kita buat demi Al-Aqsa,
apakah, apakah dan apakah...??

Bangunlah kita...!!
dari mimpi indah,
kita di ambang kesulitan,
agama kita diperlekehkan,
saudara kita diolok-olokkan,
bangkitlah...bangkitlah...bangkitlah...!!
(Sajak dari pelestinkini,com)


Posted at 9:34:31 pm by Zuriyati Zakaria
Comment (1)  




Monday, January 28, 2008
Menuju cahaya...

Photobucket - Video and Image Hosting

Samar-samar cahaya berbalam di hujung kota. seorang kanak-kanak kecil bermata bulat terpinga2 memandang dari jauh. duduknya di tepi deretan kedai hanya menimbulkan sesak mata yg melihat. dia sendiri asyik memandang cahaya dari jauh. seakan-akan memanggil-manggil. Dia sendiri buntu dan keliru. Keliru kenapa dia disitu dan apakah tujuan dia dibiarkan di situ. apakah yg harus dilakukannya.
Dia mengedip-ngedip mata membasuh habuk di dlmnya. masyarakat yg lalu lalang berlalu tanpa menghiraukan kanak-kanak itu. perlahan-lahan dia berjalan. di halang di kiri dan kanan.

'kamu cuma perlu duduk di situ' kata org yg berlalu di tepi.

Tapi hatinya kuat mahu ke cahaya itu. mungkin di situ ada jawapan. jawapan yg sudah lama dicari, cuma tidak ada cahaya yg menyoroti, menunjuki jalan yg pasti. jalan bengkang bengkok kelihatannya senang dan terang. mungkin hanya kerana cahaya itu. org ramai-ramai sudah tidak dipedulikan lagi.

'aku harus kesitu'.

Digagahkan kakinya yg tak berkasut. pedih tatkala hujung batu tertusuk ke tapak kaki. langkah dan langkah lagi. tidak sanggup dia terus begitu. semua ini mesti ada sebabnya. hatinya bermonolog lagi. sudah lama dia tidur di tepian, sudah lama dia hanya menjadi sekadar perhiasan jalan, sudah lama hidup tanpa tujuan. sudah lama.semakin dekat kepada cahaya itu..  dia berjalan dan berjalan.balam-balam cahaya sedikit terang.. semakin terang.. berpinar mata sikecil. si kecil berjalan lagi.. dia sudah tidak peduli, kini dia benar mengerti. masa lalunya dihabiskan dalam kegelapan. dia malas melangkah ke arah cahaya yg sedikit ini. itu dulu. kini dia sudah bosan hidup dalam angan-angan. angan-angan bermain pelangi di waktu hujan.

Dia sudah mengerti kini. si kecil tadi, sudah menyedari hakikat dirinya.. pedih dikaki kebas dan hilang. terasa dirinya di penuhi sinar. dipeluknya kemas. tidak mahu dia dilepaskan dari cahaya itu. dia mahu terus di situ.. untuk selama-lamanya..

'alangkah indah andai dari dahulu lagi aku sudah mula melangkah begini' detik hati kecilnya. dia tahu kini, satu perjalanan, bermula dari saat kakinya mula melangkah...

Monolog seusai melihat cahaya...moga tidak padam..
Hazel Street,Leicester


Posted at 12:30:23 am by Zuriyati Zakaria
**Give Me a word**  




Sunday, January 13, 2008
Berjuanglah!...Selagi hayat masih dikandung badan

Salam alaik..

Teringat tatkala jaulah Ireland hampir 3 tahun lepas,apabila ustaz menasihati kami untuk acapkali memohon doa untuk mati syahid setiap kali sebelum memulakan perjalanan.Nasihat inilah yang telah membuatkan aku berfikir panjang,maka langkahku bermula dari situ...

Email yang diterima tidak putus-putus.Alhamdulillah,perkembangan terbaru melegakan.Dan catatan terbaru dari kak Niknur dan ukhti-ukhti lain umpama merabak hati ini.'Kami seolah-olah 'ditidurkan' Allah semasa kemalangan itu'. 'Maaf kerana semua tidak sempat merasa kereta itu,tapi bak kata seorang ukhti,macam kisah Qabil dan Habil bila ternakan yang diterima Allah itulah yang terbakar.Infaq antunna semua telah diterima Allah'.Maha besarnya nikmat Allah dan betapa indahnya ukhuwwah.Entry kali ini aku dedikasikan khas untuk ikhwah akhawat yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Kuantan,Pahang lewat minggu lepas selepas pulang berprogram di Terengganu.Teruskan bersabar wahai jundullah..

I

Setiap hari berlalu..
Berlalu dengan rentaknya tersendiri..
Setiap yang terjadi..
Ada hikmahnya tersendiri..

Allahu Akbar,Allahu Akbar
Allahu Akbar,Allahu Akbar

Tatkala aku mengutuk kesejukan di bumi penjajah ini,mereka tabah meredah kepanasan,
Teguh menyebarkan kalimah Allah.
Berkelana ke sana dan ke mari.
Penat badan ditolak ke tepi.


Tatkala api semangatku hampir padam,api semangat mereka berkobar-kobar.
Semangat itu seolah-olah terbang ke sini,menyalakan kembali api semangat kami..
Bangunlah,bangunlah wahai semangat!!
Ayuh langkah kembali menyeru manusia!
Allahu Akbar...

Merakalah jundullah!

II

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan jika melihat saudara sendiri masih terkapai-kapai,
Tidak ada yang lebih menyedihkan jika melihat mereka masih dihina nafsu sendiri
Percayalah,air mata tiada ertinya malah sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya diri masih terhina..

Bukan kecil langkahmu para mujahid,
Berpanas,berhujan,kesejukan dan dipenuhi keringat,air mata dan darah..
Namun,biar langkahmu bertatih asal ianya penuh yakin
Sambunglah rantaian itu dari dulu hingga sekarang..

Tugas kita bukan kecil..
kerana mengajak manusia ke arah kebenaran tatkala mereka hanyut dalam kealpaan
rupanya lebih sukar dari bermandi darah di medan perang


Adakah mereka lupa?
Kita dulu pernah menjajah 2/3 dunia?
Hujan itu tidak turun di negeri selain Islam..
Kita dulu dihormati rakan,hatta disegani musuh..
Di mana silapnya?
Kenapa mereka alpa akan sejarah hebat mereka sendiri?


Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita..
bukan sekadar untuk menyedarkan mereka,dan memantapkan diri sendiri
tetapi untuk mengangkat darjat dan kemuliaan agar Islam teragung buat selama-lamanya!!

Hari ini,jalan ini pasti semakin berliku.
Kerana jalan ini tidak ditaburi mawar,tidak dihampar karpet merah
Tidak pula kita disanjung,malah terkadang dihina


Namun,yang pasti perjuangan kita masih belum selesai
kerana ramai yang masih menanti sentuhan kita...
Ayuh!!

Dari hambaNya yang pilu,mengagumi serta mencemburui semangat-semangat mereka di sana!!!


Posted at 11:21:27 am by Zuriyati Zakaria
**Give Me a word**  




Saturday, January 12, 2008
Di balik cermin mimpi aku lihat realiti...

salam alaik..

Alhamdulillah teramat kerana Allah masih sayangkan diri ni,masih memberikan nafas untuk aku terus berada di ladang akhirat ini.Dan banyak kali juga tergerak untuk menghidupkan kembali rumah ini,namun asyik tergendala.Kali ini alhamdulillah Allah telah menggerakkan jari jemari untuk untuk mengetuk papan kekunci laptop.

Tiga hari telah berlalu.3 Muharram 1429.Cepat sungguh sehingga aku masih tertinggal di 1428.Masih di takuk lama.Baru semalam rasanya aku terkapai-kapai mencari maksud islam sebenar.Baru kelmarin rasanya aku meraba-raba mencari makna hidup sebenar.Maha besar Allah yang telah memberikan aku ruang untuk mengenal agamaNya.

Mari kita renung sejenak agaknya kenapa Allah menciptakan kita? Jelas,amat.Amat jelas sebenarnya.Jom buka al-quran dan lihat  surah az-zaariyat ayat 56;

'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu'.

Juga mari kita lihat surah al-Baqarah ayat 30 di mana Allah ingin menjadikan khalifah di muka bumi ini.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

Kedua-dua bukti ini jelas dan jitu akan tujuan kita diciptakan.Amat rugilah mereka yang tidak tahu akan tujuan mereka diciptakan.Jom lihat video yang dibuat kawan nun jauh di Galway;menggarap tujuan peranan kita diciptakan dan kerugian mereka yang lalai dan alpa..

Selamat datang realiti

Mahu tidak mahu,seorang pelajar akan melangkah ke alam kerja.Alam yang akan memberatkan kita dengan amanah.Alam di mana kita akan berinteraksi dengan manusia pelbagai ragam.Juga akan datang masalah demi masalah berkaitan manusia.Dan kita harus sebijaknya untuk mengatasi masalah ini.

Bagi umat islam pula,realitinya amat pedih.Kita menjadi amat lemah walhal Allah telah berifrman bahawa kita adalah sebaik-baik umat.Kenapa kita membiarkan diri kita dijajah oleh kafir,terpengaruh dengan budaya mereka yang tidak berasas dan kita menghina diri sendiri mengikut telunjuk mereka.Mana perginya umat yang dulu pernah menakluk 2/3 dunia? Realitinya islam sekarang seolah-olah asing,hatta di negara yang mengaku agama rasminya adalah islam.Benar salah satu maksud hadis nabi ini;

"Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang." - Hadith Riwayat Muslim.

Bagi aku,alam baru yang aku bakal tempuhi sedikit masa lagi akan menjadi pentas sebenar untuk bermain dengan masyarakat.Semoga persiapan sekarang akan menjadikan aku manusia kuat,insyaAllah.

Pengakhiran kita

Siapa tahu,esok atau lusa kita akan menutup mata ini untuk selama-lamanya.Apa persiapan kita?Rasulullah pernah berpesan,

Jika di tanganmu ada sebutir biji benih, dan hari kiamat akan berlaku esok hari, maka tanamkan biji benih itu..

Aduh,amat menyentuh jiwa.Amat mendalam maksudnya.Realitinya,jikalah umat islam tahu yang kiamat akan berlaku esok,pasti semua akan hiruk pikuk dan tidak tentu arah.Pasti tiada siapa yang akan melakukan apa-apa melainkan berada di atas tikar sejadah.

Argghh,lemah rasanya jika terus menerus memimikirkan pengakhiran hidup ini.Aku akan terus berusaha dab berdoa agar aku mampu mengakhirkan hidup ini dengan husnul khatimah(pengakhiran baik),yakni dengan ISLAM,seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 132;
 
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan ISLAM

 
Semoga perkongsian ini bisa menambah iman kita,aku dan kamu insyaAllah.
'Dalam kembara untuk mencari destinasi abadi..' 

Posted at 10:04:23 am by Zuriyati Zakaria
**Give Me a word**  




Thursday, January 03, 2008
Kembara Istanbul

Assalamualaikum wbt

Syukur.Syukur ya Allah kerana masih bernafas,masih mampu untuk melihat keindahan ciptaanNya yang Maha Hebat.

Al Fatih, sandaran nama kepada sultan muda itu.Pada usia semuda 19 tahun, Sultan Muhammad Al Fatih telah melakar lembaran sejarah perjuangan menegakkan panji Islam.Rasulallah pernah bersabda,dengan maksud hadith,

Sesiapa yang membuka kota Rom Timur dan Rom Barat,maka bala tentera ituadalah yang terbaik,dan panglimanya adalah terbaik.

Sejak Rasulallah melafazkan sabda tersebut,umat Islam yang mempunyai jiwa besar dan cita-cita tinggi,serta semangat yang kuat,berlumba-lumba untuk menjadi panglima terbaik, atau cukup sekadar menjadi salah seorang jundullah yang berada dalam bala tentera yang terbaik itu.Zaman berlalu, dari satu generasi ke satu generasi, kota Constantinople masih belum berada di tangan ummat Islam. Sehingga pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyyah, Constantinople, atau Rom Timur, dikuasai oleh pejuang salibiyyah bermaharajakan Raja Constantine yang tidak pernah kenyang dengan harta orang miskin.

Al Fatih merenung Haghia Sofia, yang pernah menjadi tempat mensyirikkan Allah. Tempat yang pernah mendustakan kerasulan Isa a.s, dengan menyatakan bahawa dia adalah Tuhan. Binaan bangunan itu indah, kali ini Al Fatih boleh melafazkan hamdalah dengan puas hati, kerana bangunan ini akan dijadikan tempat seorang hamba bertaqarrub dengan Rabb nya yang sebenar.Hari itu hari Jumaat, Sultan Muhammad bingung memikirkan, siapakah yang akan menjadi imam untuk solat jumaat pada hari itu. Kelihatan jemaah kaum muslimin semakin membanjiri perkarangan Haga Sofia. Semuanya sedang berdiri, masing-masing tidak sabar untuk mengangkat takbir, dan ruku' dan sujud dengan khusyuk.

Sultan Muhammad melihat kepada rakyat jelatanya, lalu dia bertempik

"Siapa antara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat jemaah sejak baligh hingga sekarang untuk solat fardhu di masjid, teruslah berdiri.." hampir-hampir tiada kelibat yang duduk, bermakna hampir keseluruhan rakyatnya bersolat jemaah di masjid.

Sultan Muhammad boleh berbangga dengan prestasi rakyatnya, namun dia masih bingung lantaran imam solat jumaat belum dipilih,

"Siapa antara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib sejak baligh hingga sekarang, teruslah berdiri.." hanya segelintir kecil yang duduk kali ini, tetapi lebih-lebih ramai yang masih berdiri, menandakan sebilangan besar rakyat tidak mengambil solat sunat sebagai sesuatu yang sambil lewa.

Sultan Muhammad kali ini, ada satu idea..

"Siapa antara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh hingga sekarang, teruslah berdiri.."

Semua rakyatnya duduk, hanya Sultan Muhammad Al Fatih yang berdiri. Ya! Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan qiyamulail sejak dia baligh sampai saat selepas kemenangan menawan kota Constantinople.Lalu, Sultan Muhammad lah yang menjadi imam.Tidak pelik, dan tidak hairan, itulah panglima terbaik yang pernah disebut Rasulallah. Dan itulah bala tentera terbaik yang pernah juga disebut oleh Rasulallah.Belum lagi cerita, bagaimana Sultan Muhammad Al Fatih memilih tentera yang akan berjuang di barisan hadapan. Sultan Muhammad berjaga di waktu malam, untuk meninjau siapakah tentera yang bertahajjud kepada Allah, tatkala orang lain tidur. Lalu merekalah yang dipilih.

Itu sejarah kita.Sejarah yang pernah meletakkan kita sebagai umat terhebat di bumi ini.Umat yang telah menakluk 2/3 dunia.Alhamdulillah aku telah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke bumi constantinople atau Istanbul.Subhanallah,hanya Allah yang mengetahui betapa hati ini meronta-ronta ingin melihat tempat sejarah agama yang aku junjung ini.Untuk membaca kisah suka duka kisah perjalanan kami,boleh berkunjung ke rumah adikku,Wan Mai.Bangunan pertama yang aku jejak ialah Masjid Biru,sejurus selepas kami meletakkan beg di asrama,untuk menunaikan solat bersama-sama imam.Syahdunya mendenga azan yang bersahut-sahut.Amat halus dan mulus,juga iqamah dilagukan.

Juga berpeluang untuk mendaki Galata Tower,menara yang telah digunakan Sultan Muhammad untuk melihat seluruh Constantinopole sebelum merancang untuk menakluknya.

Dan aku rasa yang paling meruntun hati ini adalah bila berkunjung ke Eyub Mosque.Masjid di mana letaknya makam sahabat Rasulullah Abu Ayub al-ansari.Baca kisah penuhnya di sini. Menjadi ansar paling bertuah bila Allah memilih rumahnya untuk menjadi rumah tumpangan nabi selepas hijrah.Juga telah menjadi jiran utama nabi setelah nabi mendirikan masjid Madinah di sebelah rumahnya.Alangkah bahagianya Abu Ayub.Semangat jihadnya tidak pernah surut,hatta telah berumur 80an,masih menjadi panglima perang dan untuk menjadi penglima terbaik seperti mana dalam hadis nabi di atas.Akhirnya dalam satu perang,Abu Ayub telah menghembukan nafasnya yang terakhir dan sebagai wasiatnya, dia meminta untuk dikebumikan di pintu gerbang Constantinopole.Dan hari ini,kubur itu masih teguh berdiri.

Eyub Mosque and Tomb of Eyub Al-Ansari

Eyub Mosque and Tomb of Eyub Al-Ansari

Jaulah kali ini berbeza.Juga jaulah-jaulah yang sebelumnya.Pengalaman,pengajaran,ilmu,suka duka semuanya telah mencoret seribu erti dalam hidup ini.Dalam kemegahan melihat masjid-masjid itu,dalam kesayuan mendengan azan dan iqamah,dalam kebanggaan mendengar kisah-kisah mujahid islam di sana,aku melihat diriku amat jauh untuk menjadi umat terbaik ISLAM.Amat jauh sekali untuk dibandingkan dengan mereka yang telah berjaya menaikkan martabat agama ini.Apa-apa pun,aku pasti dan mesti berusaha untuk menjadi seperti mereka!!


Posted at 11:21:59 am by Zuriyati Zakaria
Comment (1)  




Saturday, December 15, 2007
Biarkan kaki ini melangkah...

Salam alaik..
 
Ini adalah nukilan kata kak Hanan,kakak yanga ku kagumi kepetahannya berkata-kata,kemanisan akhlaknya dan kebijaksanaannya...insyaAllah

Sebelum kaki ini melangkah,
Meninggalkan kesibukan rutin, yang diharapkan selama-lamanya,  
Menuju medan juang yang tak seberapa yang kukira,
Dibandingkan dengan medan jihad para Anbiya',
Dibandingkan dengan medan As Sabiquunal Awwalun..
 
Meninggalkan kehangatan dan keempukan yang bisa melalaikan,
Mengharungi kedinginan alam dalam nekad juang yang tinggi,
Biarpun seketika cuma, tetapi betapa hati ini berkira-kira inilah medan buat aku,
Alangkah kecilnya kukira, dibandingkan dengan mereka, al Imam Mujtahid,
Namun, niat di hati moga ini dikira jua medan jihad buatku, di sisi al Khaliq-Rabbul 'Alamin,
Moga inilah jua bekalan untukku terus thabat atas jalan ini,
Hingga kuketemu medan jihad yang sebenarnya.. .
 
Alangkah sia-sia duhai sahabat,
Kiranya kaki yang melangkah ini, tidak dipacakkan di atas satu tekad yang bersih dari hati,
Yang ini semua kerana mencari redhaNya, tidak lain dari itu,
Kadangkala sukar, dalam kesibukan rutin hinggakan kita lupa,
Untuk mencuri sekelumit masa, menyapa hati ini seringkali berbolak balik,
Mengajaknya untuk suci kembali, yang ini semua hanya kerana Nya...
 
Terkadang juga dalam keghairahan diri,
Dalam menawan hati-hati manusia,
Dalam kefasihan lidah ini berbicara menuturkan kalimah al-Haq,
Dalam kemantapan barisan yang dinamai ikhwah dan akhawat,
Dalam kelancaran lidah ini mengeluarkan hujah-hujah yang tak mampu disangkal  lagi,
Dalam kehebatan sang Qiadah mengemudi,
Dalam kehebatan sang jundiyy mentaati arahan qiadahnya,
...terkadang kita lupa,
...lupa untuk menanyai diri, cukupkah bekal kita?
Sepertimana yang diwasiatkan oleh al Khaliq dalam Kitabul Qarim...
Sepertiman juga yang diwasiatkan oleh Khatimul Anbiya' sepanjang hayatnya...
 
Dan...
Mengapa terkadang kita bergadai asas kita?
Bukankah ar Rasul itu contoh Khuluqul 'Azim?
Mengapa diri ini tidak dihiasi seindahnya, dengan akhlaq yang kita pelajari?
Riyadhus Solihin, Keperibadian Muslim...
Semuanya menjadi rujukan, adakah kita juga kan jadi rujukan sebagaimana kitab ini?
Di mana senyummu di saat gentingnya ketika?
Di mana taatmu ketika kau keberatan?
Di mana lagi tolak ansurmu ketika masa itu getir?
Di mana lagi kebijakanmu ketika suasana paling memerlukan?
Di mana lagi pergantunganmu pada sang Khaliq ketika kau tiada apa?
 
Ayuh mujahid dan mujahidah...
Melangkahlah. ..dengan zikruLlah..
Persiapkan kelengkapanmu dengan rapi...
Laksana seorang panglima menuju medan jihad di padang pasir...
Jua ingatlah wasiat bekalan buat dirimu...
Hiasilah hati dan dirimu dengan khuluq yang mulia...
 
Moga ketemu antara dua kemenangan.. .
...syahidkah atau menang....
 
Wassalam

Posted at 3:51:12 pm by Zuriyati Zakaria
**Give Me a word**  




Thursday, December 06, 2007
Mati itu pasti..

salam alaik

Sudah hampir sepurnama aku mengabaikan rumah ini.Hampir bersarang penuh.Maafkan tuan rumah kerana sekarang akau berada di Northampton,30 minit perjalanan dari Oxford.Aku sedang menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar perubatan selama 7 minggu di sini.Kali ini hal-hal berkaitan jantung dan paru-paru.Seronok,barulah akhirnya merasai untuk menggantung stetoschope di leher sepenuh masa..

Hari ini emosi aku berkecamuk.Banyak benar pengalaman indah ditempuhi sepanjang berada di sini.Namun hari ini agak berlainan.Buat pertama kalinya aku menyaksikan kematian di depan mata.Sebagai pelajar perubatan,semestinya semua akan seronok jika diberi peluang untuk berada di muka depan A&E(Wad Kecemasan).Kami akan menjadi orang pertama yang akan meng'clerk' patient.seronok!!Namun kali ini aku dan rakan seperjuangan diajak untuk menyaksikan 'cardiac arrest'.Kami bergegas ke A&E.Adrenaline memuncak kerana seronok untuk melihat buat pertama kalinya.Sebelum pesakit tiba dengan ambulans,doktor A&E bertanyakan kami 'Are you happy to watch this?' Aku blur.Doktor ni sinis ke apa?

Akhirnya pesakit tiba di bilik resus yang dipenuhi 10 orang doktor,nurse,paramedic etc.Seorang lelaki berumur 50an aku agak.Kami berganjak ke tepi.Muka pesakit biru dan bahagian lain pucat.Doktor terus melakukan CPR tanpa henti dan seorang lagi sibuk menyuntik adrenaline.Pesakit masih tidak menunjukkan sebarang respon.Lemah terkulai.Sementara itu,paramedik menceritakan segala yang mereka tahu.Pesakit ini dijumpai di tepi lebuh raya 20 minit yang lalu,pemandu lori.Nama,umur,asal tidak diketahui.

Aku asyik melihat mereka semua bertungkus lumus.Aku terpandang cincin di jari manis pesakit.Ohhh,mesti sudah beisteri dan mungkin mempunyai anak.Aku bermonolog sendiri 'Cepat doktor cepat.Selamatkan dia!!!'.

Tepat jam 10.53,usai 25 minit selepas pesakit itu dijumpai,mereka mengalah.Pesakit tetap tidak menunjukkan sebarang respon (Asystole).'Time of death,1053'.Doktor meminta pendapat semua untuk mengesahkan pesakit telah mati.Aku tersentak.Mengelamun dari tadi rupanya.'Argggghhh tidak!!!!Isteri dia?anak-anak dia?Mesti sedang menunggu di rumah'.

Itulah kenapa emosi hari ini agak berkecamuk.Pertama kali melihat kematian.Juga betapa jarangnya mengingati mati.Walhal itulah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap muslim yang percaya akan adanya syurga dan neraka Allah.

Buat kesekelian kalinya,aku betul-betul takut akan kematian.Persoalan ini berlegar-legar di dalam kepalaku.Adakah aku akan ke syurga jika aku mati hari ini,di saat ini?

Sentiasa mengingati mati

Rasulullah sentiasa mengucap di dalam doanya kata-kata berikut: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Aku berlindung kepadaMu dari dunia yang menghalang kebajikan untuk akhirat. Aku berlindung kepada-Mu dari kehidupan yang menghalang kebajikan untuk mati. Dan aku berlindung kepadaMu dari cita-cita yang mengganggu kebajikan untuk beramal"

Berkata Siti Aisyah r.a. : "Wahai Rasulullah! Adakah orang yang bukan syahid itu boleh dibangkitkan bersama-sama para syuhada?" Jawab Baginda:"Boleh, iaitu orang yang mengingati mati sebanyak dua puluh kali pada siang dan malam." 

Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan" ( 2: 185 )

Berkata Imam Ghazali rahimullah di dalam kitabnya al-Bidayah: Hendaklah anda sentiasa renungkan umurmu yang pendek itu, meskipun anda boleh hidup selama seratus tahun, jika dibandingkan tempat tinggalmu di negeri akhirat, yang kekal sepanjang masa. Renungkan juga betapa susah-payah dan hinanya anda ketika mengejar dunia, sebulankah atau setahunkah, agar dengan harapan anda boleh hidup senang-lenang selama dua puluh tahun misalnya. Tetapi mengapa tidak anda menanggung susah sedikit masa ketika hidup di dunia, agar anda merasa kerehatannya di akhirat kelak sepanjang abad. Hendaklah anda tidak memanjangkan harapan untuk hidup lama di dunia, sehingga anda merasa diri anda berat untuk beramal. Malah hendaklah anda mengira-ngira bahawa maut itu sudah hampir tiba, dan bisikkanlah kedalam dirimu: Biarlah aku menaggung susah hari ini, kerana mungkin aku akan mati malam ini! Kalau tidak malam ini, mungkin esok! Sebab maut itu tidak akan meregut nyawaku pada masa tertentu, atau pada keadaan yang tertentu, atau pada umur yang tertentu. Namun maut itu akan tiba, dan tidak ditentukan masanya. Maka lebih baiklah aku bersedia untuknya daripada menyediakan diri untuk dunia. Aku mengerti bahawa hidup di dunia ini hanya sementara saja, dan mana tahu yang sisa dari hidup ku itu hanya untuk menyedut satu nafas sahaja, ataupun hanya tinggal satu hari saja. Ingatkan diri anda tentang ketibaan maut yang tidak diketahui bila masanya itu, niscaya apabila anda mati, anda akan merasakan kegembiraan yang tidak ada kesudahannya. tetapi jika anda mencuaikan nasihat itu dan tidak memperdulikannya, tiba-tiba mautpun sampai sedang anda belum bersedia untuknya, maka tentulah anda akan merasakan kekecewaan yang tidak ada kesudahannya lagi. bak kata pepatah : Apabila muncul pagi, barulah orang yang berjalan di waktu malam itu akan memuji dan berterima kasih. Begitu pula apabila tiba maut kelak, barulah anda tahu tentang beritanya yakin dan benar. Dan berita itu tidak jauh dari anda, sekelip mata lagi akan tiba.

"Secerdik-cerdik manusia adalah yang paling banyak ingatannya kepada kematian serta banyak bersiap untuk kematian. Mereka itulah orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat" (Ibnu Majah & Abiddunya)

Hari ini,satu pengalaman berharga buatku.

Northampton General Hospital Library
0105
06/12/2007


Posted at 1:33:46 am by Zuriyati Zakaria
**Give Me a word**  




Friday, November 30, 2007
Kenapa terasa sendiri?

Salam alaik..

Sedikit kata-kata dari hati.. untuk direnung di kala kesibukan dengan amanah yang terpikul.. moga diri tidak futur dalam berdakwah.. insyaAllah..

Selalu diri terasa asing dengan kerja dakwah.. selalu diri terasa tersisih dengan amal kebajikan.. selalu diri rasa keseorang dengan perbuatan baik.. tetapi ingatkah bagaimana rasulullah mula berdakwah.. adakah baginda dibekalkan satu umat untuk berdakwah bersamanya.. tidak.. baginda mula dengan seorang lantas berkembang biak sehingga membentuk satu negara islam yang hebat.. mengawal 2/3 dunia.. subhanAllah..

Lihat bagaimana baginda dipulaukan.. bagaimana muslimin dihina dan dicerca.. dicaci maki.. mereka dipulaukan.. mereka diseksa.. lantaran apa?.. hanya satu.. mereka membawa kalimah la illaha illallah.. merekalah orang asing.. mereka sanggup menjadi orang asing dalam kelompok masyarakat mereka sendiri… sanggup meninggalkan orang yang tersayang demi islam.. sanggup mengadai harta demi dakwah islamiah.. subhanAllah.. jauhnya diri ini dari tahap itu..

Islam hari ini sememangnya suatu yang pelik.. suatu yang ganjil.. yang janggal di mata manusia.. suatu yang sunyi.. suatu yang jauh di hati ummah.. tinggalnya bukan lagi di hati.. tiada lagi dalam kehidupan.. bila berkata mengenai agama.. manusia mula melihat pelik.. pandangan serong.. membuat muka bosan.. rasanya kita seperti orang yang melakukan kesalahan, walhal kitalah yang benar.. orang merasa kita tidak sepatutnya berada di situ.. kita tidak sepatutnya berbicara mengenai itu.. mereka merasakan ia hanya sesuai dibincangkan dalam majlis-majlis agama.. kuliah di surau.. masjid-masjid.. dunia telah ditutup dengan pandangan sekular!.. islam hanya tinggal pada ibadah semata-mata.. ibadah.. dan perkahwinan.. bukankah islam itu ad-din.. ad-din.. cara hidup.. merangkumi keseluruhan aktiviti harian.. dari bangun tidur sehingga kembali lelap.. adakah agama ini memilih orang?.. mengapakah hari ini agama dipandang serong sebagai perkara untuk para ustaz, ustazah dan para ulama'.. mengapa?.. adakah diri ini seorang ustaz?.. belum lagi rasanya.. jauh sekali dari seorang ulama' yang mengeluarkan didefinasikan oleh orang ramai.. tapi diri ini merupakan seorang " ulama' ".. lantaran diri ini punya sedikit ilmu dan masih mencari ilmu.. adakah salah orang seperti ini membicara mengenai agama.. manusia telah ditipu dengan nikamt dunia yang sementara.. kenapa ini berlaku?.. persoalkanlah dari diri kita… fikirkan mana tujuan akhir kita.. apakah matlamat kita??

ingat lagi kah kita kepada hadith nabi Muhammad s.a.w.. sabdanya..

"Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So, Tooba for the Strangers"

"Islam bermula sebagai suatu yang asing, dan akan kembali sebagai suatu yang asing juga sebagaimana ia mula datang. Oleh itu, selamat datang kepada orang-orang asing."

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa`, ghurabaa`..
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa`, ghurabaa`..

Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah..
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life..

Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah..
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life..

If you ask about us, then we do not care about the tyrants..
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path..

If you ask about us, then we do not care about the tyrants..
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path..

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa`, ghurabaa`..
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa`, ghurabaa`..

We never care about the chains, rather we'll continue forever..
We never care about the chains, rather we'll continue forever..

So let us make jihad, and battle, and fight from the start..
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world..

So let us make jihad, and battle, and fight from the start..
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world..

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa`, ghurabaa`..
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa`, ghurabaa`..

How many times we remembered a time when we were happy..
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening..

How many times we remembered a time when we were happy..
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening..

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa`, ghurabaa`..
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa`, ghurabaa`..

The Prophet SAW said "Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So Tooba for the Strangers"..

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa`, ghurabaa`..
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa`, ghurabaa`..

kadang diri terasa asing di khalayak ramai.. rasa pelik tengah lautan manusia.. walaupun sekitarnya penuh manusia.. tapi kita bagaikan tiada.. kita berasa pelik dengan kemungkaran di sekeliling.. kita tidak diterima lantaran pegangan kita.. kita disisihkan kerana ketegasan kita.. kita menolak kemaksiatan.. dan orang "normal" memandang serong kepada kita.. melihat pelik kepada kita.. menyisih dan mengabaikan kita.. adakah diri begitu sekali pelik dan ganjil kerana makrug yang dilakukan.. ataupun mereka yang menilai dengan mata dunia.. tidakkah mereka sedar akan adanya dua neraca.. neraca Allah dan neraca manusia.. neraca dunia dan neraca akhirat.. neraca syurga dan neraca neraka.. neraca iman dan neraca nafsu.. meraca makruf dan neraca mungkar.. neraca pahala dan neraca dosa.. adakah hati mereka buta.. atau mereka belum lagi diberi peringatan..

Ya Allah, sekiranya menjadi asing itu terbaik untuk kami maka kekalkanlah kami sebagai orang yang asing.. bukalah hati kami agar redha dengan segala ketentuanMu.. sesungguhnya Engkau lebih mengetahui dari kami.. tiada apa yang kami harapkan melainkan rahmat, berkat dan redhaMu ya Allah.. tiada lain yang kami takut melainkan murka dan azabMu ya Allah.. janganlah sekali pun kau membiarkan kami menentukan nasib kami sendiri kerana kami amatlah lemah.. pandulah kami.. bimbinglah kami.. sesungguhnya Engkaulah penolong kami.. Yang maha pengasih lagi Maha penyayang.. amin ya Rabbal alamin..

Moga diri terus kuat walau apa sekali yang menimpa kerana itulah lumrah orang berdakwah.. mereka adalah golongan yang asing.. dan orang asing itu kawannya adalah orang asing jua.. moga diperkuatkan tautan hati kita semua.. insyaAllah..


Posted at 10:16:53 am by Zuriyati Zakaria
**Give Me a word**  




Thursday, November 15, 2007
Kerana Allah lebih mengetahui..

Salam alaik..

Ini adalah luahan hati sister yang sangat aku rindui dan sayangi..nun berada jauh di bumi Ireland.Semoga menjadi pedoman untuk mereka yang menggelar diri mereka seorang dae'i..

Sesungguhnya angan-angan
menghilangkan akal,
mendustakan janji-janji Tuhan,
mendorong kepada kelalaian,
mewariskan kepayahan.
Oleh karena itu dustakanlah angan-angan(mu),
karena sesungguhnya ia akan menipu(mu
)”


Akhawat / sisters / adik2 yg amat dihormati dan dikasihi kerana Allah yang berada di jalan ini..

Semakin jauh perjalanan di dunia ini, semakin jauh melangkah dalam alam dakwah, sepatutnya lebih membuahkan keyakinan ttg jalan panjang dan jauh yg kita lalui yg mana kita sungguh2 berharap org2 lain juga akan melaluinya..Bahkan siang malam, tenaga, akal fikiran, segala kudrat yg ada dikerahkan utk menyeru manusia ke jalan yg paling selamat ini..yakni jalan yg pernah dilalui oleh para nabi dan sahabat2 baginda..Tersebut dlm firman Allah yg berbunyi :

“Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yg mudah diperoleh dan perjalanan yg tidak seberapa jauh, niscaya mereka mengikutimu, ttp tempat yg dituju itu terasa sgt jauh dr mereka…

Ayat tersebut diturunkan Allah berlatarbelakangkan suasana Perang Tabuk, di mana tapisan-tapisan Allah telah berlaku dalam mengenal siapa yg betul-betul ikhlas berjuang di jalan Islam dan siapa yg tidak..(boleh rujuk Tafsir Ibnu Kathir utk cerita lanjut)

Kadang2 kita terlalu mabuk, mabuk menyeru manusia ke sana ke sini, sibuk konon2 nya..dgn program2 dakwah dan amal Islami..mabuk dgn tarbiyyah, mabuk mengajak manusia mengikuti jemaah kita, meyakini jemaah kita adalah yg terbaik manhajnya…

Lantas…kita mati dlm keadaan mabuk dgn dakwah dan tarbiyyah..konon2nya…

Maka, bermulalah proses kita bersoal jawab dgn Allah kelak..

Yakin bertemu Allah? Yakin mengadap Allah sendiri-sendiri?

Apabila Allah bertanya kelak..wahai si fulan bin si fulan..siapakah kamu sewaktu di dunia?

Owh…kita dgn yakinnya berangan2 akan menjawab..”Aku adalah seorang daie’, aku melanjutkan perjuangan Rasulullah saw”

Maka, dgn mudahnya kita sekali lagi berangan2 akan masuk ke Jannah dgn langkah bergaya..

Kalaulah semudah itu Jannah..kalaulah semudah itu dakwah…kalaulah semudah itu menyeru manusia…pasti ramai yg berlumba2 mahu berada di jalan ini…

Tiba angan2 utk dimasukkan ke Jannah padam, dipadamkan oleh Allah, kerana Allah telah menitahkan kita supaya diseret ke Jahannam!

“Apa salahku ya Allah? Aku daie! Aku pewaris Nabi! Aku menjalankan amanah Engkau dan Rasulullah? Apa salahku?”~end~

Kembali ke dunia realiti..Anda atau saya salah jika:

Anda dan saya menyeru manusia….dgn niat yg salah.. lupa hendak menjelaskan niat di dalam hati dalam setiap langkah, lupa untuk memperbaiki di tengah2 perjalanan.. kagum dgn diri sendiri dalam pencapaian…

Anda dan saya pasti salah jika…

Mengajak manusia kepada taksub individu..mengajak manusia taksub kepada jemaah anda..mengajak manusia kepada pencapaian di dunia semata2….mengajak manusia ke jalan Allah…..?tetapi anda melukakan hati saudara anda.…tidak takutkah kepada doa org2 yg tertindas…tidak takutkah jika yg ditindas itu juga menyeru manusia tunduk kpd Allah…

Anda dan saya pastinya salah..

Mabuk dgn mengajak manusia, hingga terlupa bahagian diri sendiri..sedang mereka yg lebih hebat dakwahnya, sepatutnya lebih terjaga hubungannya dgn Allah, lebih bertolak ansur dgn manusia..lebih serius dalam pengislahan diri dan masyarakat.. bukan setakat bermain di bibir, bukan setakat dinyatakan di hadapan manusia sedang diri sendiri tidak pernah beramal…hanya pandai berkata2..hanya pandai berkibar bendera...benar. .

Medan bercakap lebih mudah dr medan amal…

Di akhirat kelak….

Allah pastinya tidak akan bertanya…
1) Di mana lencana jemaah kamu? Apa? Jemaah B?Kamu salah! Jemaah A lebih baik
2) Sudah tercapaikah impian kamu Islam menjadi Ustaziyatul Alam?
3) Berapa banyak manusia kamu dpt tarik ke jemaah kamu?
4) Mana daulah Islamiyah? Mana hukum hudud di Malaysia?

Solat kamu bagaimana…taubat kamu…usaha kamu dlm syahadatul Haq..akhlak kamu dgn manusia…mana janjimu…mana janjimu? Kenapa mungkir janji dgn Allah?

Mari menyeru manusia…serulah manusia dan diri kita sendiri kepada Allah swt..kepada ketundukan sepenuhnya kpd Allah swt..kepada meninggalkan yg lain selain dr Allah swt..mari taksub dgn Allah….marilah taksub dgn akhirat..

Jadilah ar-rijal..berusahalah. .siap sedia dihantar ke mana sahaja..siap sedia diatur sebagai batu bata utk membina sebuah binaan yg kukuh dan tersusun…ikhlaslah dlm menyeru manusia..ikhlaslah hanya semata2 memartabatkan Islam di bumi Allah ini..

Kerana secara sunnatullah…pasti akan wujud lagi Madinah..pastinya dgn asas2 binaan manusia yg kukuh…yg tunduk patuh kpd Allah dan Rasul tanpa banyak dalih..yg akhlak mereka selari dgn AQ..yang amal ibadat bagai akan mati besok hari…yg dakwah tidak pernah lekang dr fikiran..yang kelebihan di dunia diusahakan sebaik mungkin utk kejayaan dakwah Islamiyah…maka pada waktu pasti akan wujud Umayyah alaf baru…pasti Islam tertegak…pasti org berbondong2 memlih Islam…tapi…bilakah masa itu…bila? Selama mana lagi?

Tunggu…sabar. .

Tapi bukan tunggu dan lihat sambil goyang kaki menunggu wahyu, atau menunggu keajaiban.

Tunggu dan sabar……………….faham dan  ikhlas…amal dan jihad…korban dan taat….thabat dan tajarrud…ukhuwwah dan thiqah…….
….. Faham = pintu segala amal….kunci keikhlasan…Dan sekali lagi..kerana Allah lebih mengetahui…(Allahu’ alam)

Qurratun A’yyunin@ Janna
-bercita-cita ke Jannah…sedang tangan kosong..angan-angan kosong-


Posted at 1:01:44 pm by Zuriyati Zakaria
**Give Me a word**  




Next Page

"ZURIYATI" zuriatku.....pewaris.....





<


[[Me, Myself and I....]]


**NaMe**Zuriyati Zakaria
**AgE**23 Years
**Asal**Ketereh,Kota bharu,Kelantan
**Besday**22 Sept
**Adik2**kak long(all girls) zuriyati,zahidah,zamarita, zarihana, zetty zawani,zunnurain
**SkoOL**Medical School, University of Leicester 2004/2009
**fReE time**Dae' do not have free time



[[Sejenak...]]

Zuriyati,

jadilah syuhadah,mujahidah dan daei'ah,
mereka memperolehi motivasi agung dari kisah jihad yang benar,
hati mereka sangat tersentuh dengan motivasi ganjaran buat para syuhada' yang terus hidup walaupun telah mati,
mereka sanggup bermati-an mempertahankan agama dan tanah suci yang dijanjikan untuk orang-orang beriman.....
walau pelaminan dunia jadi korban,
walau janji khitbah terpaksa dilepaskan...
segalanya demi pelaminan syurga..
janji buat mereka yang dimuliakan hidup dan matinya,
disebut2 dilangit dan dibumi....
biar NYAWA jadi taruhan...



[[Adores...]]


Food: My mom's cooks
Drink: Jus...Air tebu...hehehe
Objects: Technology gadjets...
People: Nice, honest, responsible, funny


[[Let say..]]



   





<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30






Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.





[[Tafsir Al-quran...]]






[[Today's forecast....]]


««Malaysia»»
««Leicester»»




[[Quote For Today....]]

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu. Amin Ya Rabb...





"Kita bertemu kerana Allah dan kita berpisah jua kerana Allah. Thanks Kak Nazimah and Kak peah...



[[Together We Fly....]]

««Kak Nazimah»»
««Kak Peah»»
««Saufiyah Azzahrah»»
««Hidayah OZ»»
««Kausar»»
««Yusrina OZ»»
««Joanne»»
««Danu»»
««Kak Aisyah»»
««zue2»»
««Kak Mum»»
««Nameck»»
««Kak Long»»
««Nani»»
««Raudah»»




[[Tautan Hikmah....]]

««MSMUKEire»»
««Jamaah Islah Malaysia»»
««PAKSI.Net»»
««Dakwah Info»»
««Friend of Al-Aqsa»»
««Muslim Association of Britain»»
««FOSIS»»
««Leicester ISOC»»



[[Novel Best....]]

««RADHA»»
««Cinta Sofea»»



[[My Daily Life.....]]

««IMAMUKEire»»
««Friendster»»
«« L.Environment»»
««My Photopages»»
««Fourty Hadeeth»»
««Portal Nurhidayah»»
««Usrah Online»»
««Al-Quran Translation»»
««LUMS»»
««Utusan Malaysia»»



[[Sekitar Dunia..]]

««IKhwan Muslimin»»
««Al-Jazeera»»
««Harakah Daily»»
««Salafi»»











Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed